Pengenalan
Bersiap
sedia menanti kelahiran bayi anda merupakan satu pengalaman yang sungguh
menyeronokkan. Banyak perkara yang perlu dilakukan seperti memilih nama untuk
bayi yang bakal dilahirkan, menyediakan barang-barang keperluannya dan
memikirkan cara terbaik untuk menyusukannya. Satu perkara yang perlu anda
fikirkan ialah penyusuan bayi dengan susu sendiri. Ia banyak sekali
mendatangkan faedah kepada anda dan bayi.
Walaupun
penyusuan susu ibu merupakan kaedah semula jadi tetapi ia bukanlah sesuatu yang
datang dari naluri. Sama ada anda baru mula berfikir tentang penyusuan itu atau
pernah menyusukan bayi anda sebelum ini, kami boleh membantu membimbing anda.
Kami akan memandu anda, bermula dari kehamilan, ketika penyususan sehinggalah
kepada menghentikan penyusuan.
Penyusuan
susu ibu: Pemberian semula jadi.
Bagi
sesetengah ibu dan bayi, penyusuan dengan susu ibu berjalan dengan lancar sejak
dari awal lagi. Tetapi bagi yang lain, ia mungkin mengambil sedikit masa dan
terpaksa mencubanya beberapa kali untuk memperolehi kejayaan. Sesuatu yang baru
itu biasanya memerlukan masa dan latihan.
Jika
anda memerlukan sebarang bantuan, anda bolehlah mendapatkan nasihat dari
jururawat semasa berada di hospital, berjumpa pakar pediatrik, penasihat
penyusuan atau kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Mereka boleh membantu
anda.
Anda
harus ingat bahawa asas paling penting kepada kejayaan sesuatu penyusuan itu
ialah teknik dan kedudukan semasa penyusuan. Anda perlu banyak bersabar dan
berfikiran positif kerana penyesuaian antara anda dan bayi akan mengambil masa.
Ingatlah bahawa susu ibu bukan sekadar makanan, ia lebih dari itu. Susu ibu
mengandungi antibodi penting untuk melawan jangkitan dan mempunyai kesan
psikologi dan perubatan yang penting kepada kedua-dua ibu dan bayi. Penyusuan
susu ibu adalah pemberian semula jadi anda kepada bayi.
Persediaan semasa hamil
Persediaan semasa hamil
Sesuatu
yang paling penting boleh dilakukan untuk memastikan kejayaan menyusukan bayi
ialah membuat persediaan awal semasa kehamilan. Walaupun penyusuan ini sesuatu
yang semula jadi, tetapi ia bukanlah sesuatu yang lahir dari naluri. Dengan
menghadiri kelas penyusuan bayi, anda boleh mula mempelajari tentang penyusuan
dan hubungan mesra antara anda dan bayi ketika melakukan penyusuan itu. Sokongan
dari ibu ke ibu yang diberikan oleh kumpulan sokongan ibu di kawasan anda atau
kaunselor penyusuan ini amat berguna dan berfaedah buat anda. Dalam
perjumpaan-perjumpaan ini, anda dapat berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu lain
dan mempelajari lebih lanjut teknik menyusukan bayi dengan betul.
0 comments:
Post a Comment