Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Doa Untuk Anak Mama

~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

Doa Nabi Yunus

Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin "

Ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.

Doa Memperbanyakkan Susu Ibu

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupan ku, banyakkanlah susu ku untuk bayi ku, dan permudahkanlah perjalanan ku untuk menyusukan anak ku agar menuruti segala yang telah Engkau syariat kan."

"Ya Allah, seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhi lah dengan rahmat Mu dan keberkatan Mu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anak ku."

Pages

Wednesday, August 6, 2014

♥ Cik Pia anak dara mama & abah ♥

Assalamualaikum

Pejam celik..pejam celik... hari ini 6 Ogos 2014 dah genap 26 bulan aka 2 tahun 2 bulan anak dara mama ni.. 

Cik Pia budak bijak..
makin banyak cakap..
makin banyak akal..
Makin banyak perangai..

Walau apa-apa pon..

Mama & abah sayang Cik Pia sangat-sangat ♥♥♥♥♥

Nur Azzalea Safiyyah @ Cik Pia

Jaga Dia Untukku

Mahu ku bersama
Mahuku kesana diri ku tetap disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku
Tenanglah duhai Jiwa, tebarkan tulus doa
Ku kepadanya, saat ku tiada

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku,
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai Jiwa, tebarlah tulus doa
Ku kepada padanya, saat ku tiada

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Mungkinkan ini memulakan kita
Lambang cinta
Ku dan dia

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Lagu : Jaga Dia Untukku
Artis : Siti Nurhaliza


Thursday, July 24, 2014

S E L A M A T ~H A R I ~R A Y A ~A I D I L F I T R I

SELAMAT H A R I RAYA A I D I L F I T R I

D A N

MAAF
ZAHIR
&
BATIN
Semoga Dengan Kehadiran Bulan Yang Mulia Ini Kita Semua Mendapat Rahmat Dan Keberkatan DariNya
Amin...


#jombalikkampung
#hatihatidijalanraya
#mogaselamatsampaikedestinasi
#kosongkosong tau 

ikhlas dari kami sekeluarga : Muhamad Nizam Zakria, Norhafizah Ali, Nur Azzalea Safiyyah & Nur Aimy Sofiyya

#PRAYFORGAZA #PRAYFORMH17 #PRAYFORMH370


Monday, August 19, 2013

Contest: Family Potret Raya ♥♥♥♥



♥♥♥♥Pertama Kali Beraya -1 Syawal-  bersama Keluarga Mertua ♥♥♥♥

Thursday, February 28, 2013

60 Sebab Sayang Bayi


Kasih sayang adalah naluri yang ada pada setiap insan yang bergelar manusia. Begitu juga dengan kehadiran bayi yang menjadi kesayangan buat mereka yang bergelar ibu bapa. Sudah tentu, detik-detik manis bersama bayi adalah sesuatu yang mengembirakan. NORHASLIZA YUSOFF menyediakan 60 sebab anda sayang kepada bayi.
  1. Bayi anda kelihatan sungguh comel apabila memakai baju yang cantik dan baru.
  2. Bayi dan anda bermain di bilik sendirian dalam suasana yang nyaman.
  3. Anda menyanyikan lagu tepok amai-amai sambil memegang tangannya.
  4. Bayi menujukkan riak wajah gembira apabila mendengar suara nyanyian anda walaupun agak sumbang.
  5. Seharian anda gembira apabila melihat bayi anda tersenyum buat kali pertama.
  6. Anda dapat menghabiskan masa bersama bayi anda sambil menonton rancangan televisyen kegemaran anda.
  7. Bayi anda tidak kisah apa jua permainan yang diberikan kepadanya. Bayi anda sentiasa menunjukkan rasa gembirannya walaupun hanya diberi permainan kotak kecil sahaja.
  8. Anda boleh lakukan apa sahaja dengan bayi anda seperti menari sambil mendukungnya. Pastinya bayi seronok dengan gerakan ke kanan dan ke kiri.
  9. Bayi akan sentiasa tersenyum apabila melihat wajah anda. Ia pengubat duka anda.
  10. Anda bukan supermodel yang cantik dan menawan, tetapi bayi tetap suka melihat wajah anda siang dan malam.
  11. Anda tetap hebat di hati bayi anda!
  12. Rambut bayi lembut membuatkan anda suka membelainya.
  13. Kasih sayang yang ditunjukkan oleh bayi adalah yang sebenar, tulus, dan murni.
  14. Wajah bayi yang begitu suci membuatkan anda suka menatapnya setiap masa.
  15. Badan bayi yang gebu membuatkan anda suka menyentuhnya bila-bila masa.
  16. Bayi menjerit kegembiraan apabila melihat kelibat anda.
  17. Tangisan bayi akan berhenti apabila anda dekat kepadanya.
  18. Anda seronok berbual dengannya walaupun bayi belum faham apa yang anda ucapkan.
  19. Bayi membuatkan anda merasakan dunia ini aman dan damai.
  20. Ciuman anda akan membuatkan bayi tersenyum dan ketawa.
  21. Sekali-sekala anda akan mengeletek badan bayi dan bayi akan menunjukkan aksi geli. Sungguh lucu sekali!
  22. Bayi bertepuk tangan dan ketawa apabila melihat anda melangkah masuk ke dalam bilik.
  23. Bayi seronok apabila anda mendukungnya.
  24. Juga siapa lagi akan membuatkan anda bangun dengan penuh bersemangat waktu pagi. Pastinya bayi comel anda!
  25. Bayi anda tersenyum semasa tidur, membuatkan anda merasakan bayi sangat gembira dengan kehidupannya.
  26. Anda sanggup menghabiskan masa yang lama untuk melihat bayi anda tidur yang membuatkan anda merasa gembira bergelar ibu atau bapa.
  27. Pelbagai jenama pakaian dipasaran yang menawan hati anda untuk digayakan oleh bayi anda.
  28. Jika anda sedang bersedih, bayilah ‘pengubat’ hanya dengan melihat wajah bayi yang comel ini.
  29. Sekarang masa anda banyak bersama bayi. Sungguh menyeronokkan!
  30. Sungguh bahagia selepas 30 minit melihat bayi anda menyusu badan. (Penyusuan susu ibu seelokkan dilakukan antara 15 hingga 20 minit untuk setiap payu dara kanan dan kiri.)
  31. Anda sunggup minum air dengan banyak dan makan makanan berkhasiat penambah susu dan pam susu 3 jam sekali (bagi ibu yang bekerjaya) setiap hari demi memastikan anda dapat memberikan penyusuan ibu secara eksklusif buat bayi anda.
  32. Comelnya kaki kecil bayi! Anda meniup dan mengusik-usik di telapak kakinya.
  33. Tangan kecilnya juga comel!
  34. Bayi adalah teman terbaik untuk anda habiskan masa berjam-jam di kedai permainan kanak-kanak.
  35. Bayi anda mengajar anda menghargai masa walaupun ketika itu baru jam 5 pagi!
  36. Bayi membuatkan anda tidur awal kerana anda tertidur selepas menyusu susu badan kepadanya.
  37. Anda terlalu sibuk untuk memikirkan kesan parut selepas melahirkannya.
  38. Bayi anda akan mendengar semula lagu-lagu anda semasa bayi dulu yang hampir anda lupa.
  39. Bayi anda sudah boleh makan. Walaupun wajahnya comot. Bayi anda tetap comel!
  40. Bayi anda menunjukan keseronokkan semasa anda memandikannya.
  41. Bau wangi badan bayi selepas mandi cukup menyenangkan anda.
  42. Anda sanggup mencari mandian yang terbaik untuk bayi kerana kulit bayi begitu sensitif dan lembut.
  43. Bayi anda memberikan senyuman semasa anda melakukan urutan padanya.
  44. Anda tersenyum puas apabila bayi memandang ke arah ibu bapa anda yang kini sudah bergelar datuk dan neneknya.
  45. Walaupun badan anda letih, tetapi tetap luangkan masa untuk membacakan buku cerita kanak-kanak kesukaan bayi anda berulang kali.
  46. Walau apa yang berlaku dalam kehidupana anda, bayi tetap memikirkan anda yang terbaik dalam kehidupannya.
  47. Gerakkan badan dan cara bayi merangkak atau membalingkan telefon kesayangan anda, semua itu anda anggap sebagai penerokaan buat bayi anda.
  48. Anda mejerit kegembiraan apabila melihat bayi anda sudah boleh meniarap.
  49. Bayi membuatkan anda berasa diri hebat, kuat dan tahan lasak yang anda tidak sedari sebelum kelahirannya.
  50. Anda menjadi penenang buat bayi dengan memeluk eratnya yang menangis setelah diberi suntikan imunisasi.
  51. Gelagat bayi anda memasukkan jari kaki ke mulut, tampak comel sungguh!
  52. Bayi anda sakit. Kekuatan supermum anda terserlah!
  53. Anda menjaga bayi dengan penuh berhati-hati kerana dia masih kecil.
  54. Anda menjadi seorang yang cerewat untuk membeli segala kelengkapan bayi supaya bayi selesa dan selamat dalam jagaan anda.
  55. Wajah bayi seiras anda dan suami. Anda tersenyum apabila ada teman berkata, “Mata bayi seiras seperti kamu.”
  56. Setelah minum susu, anda akan sendawakan bayi. Arrrr! Sungguh comel bunyi sendawa daripada permata hati anda yang kecil ini.
  57. Bayi mengajar anda menjadi seorang yang tidak pentingkan diri sendiri. Walaupun anda letih, anda tetapi memberi tumpuan kepada perkara asas bayi.
  58. Anda dapat melihat kehebatan suami anda apabila sanggup menyalin lampin bayi. Biarpun dia tidak dapat menandingi anda tetapi dia berjaya menyalin lampin tanpa bayi menangis.
  59. Anda dan suami tidak sabar untuk melihat perkembangan bayi setiap bulan.
  60. Anda, suami dan bayi menjalani kehidupan yang harmoni sebagai sebuah keluarga.

budak kecik yg sedang beramah mesra dengan amoi yang duduk sebelah .. mcm lar pandai sgt sembang :P

(Sumber: Majalah Pa&Ma Februari 2013)