Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Doa Untuk Anak Mama

~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

Doa Nabi Yunus

Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin "

Ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.

Doa Memperbanyakkan Susu Ibu

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupan ku, banyakkanlah susu ku untuk bayi ku, dan permudahkanlah perjalanan ku untuk menyusukan anak ku agar menuruti segala yang telah Engkau syariat kan."

"Ya Allah, seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhi lah dengan rahmat Mu dan keberkatan Mu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anak ku."

Pages

Tuesday, October 16, 2012

bicara..........

"jika seorang bayi tahu dosa yg terjadi dikalangan manusia, pasti dia tidak ingin membesar"





safiyyah yg tido dalam ke senyuman..mimpi ape lar agaknyer kan?

Wednesday, October 3, 2012

Berita Bergambar

Salam...

Fuhhh..lama benor xupdated benda alah ni...sikit lagi nak bersawang...

apa2 pon..meh layan gambar2 buah hati pengarang jantung mama & abah ni yang dah nak masuk 4 bulan lagi 3 hari....





layannn................

Monday, June 18, 2012

Kelahiran Yang Dinanti

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...Mama saya telah selamat melahirkan saya... Permata pertama mereka... saya suka!!!


Ini saya beberapa jam selepas dilahirkan.. Masa ni masih di labor room...mama baru lepas kena jahit.. kesian mama...sakit lahirkan saya...

ok..ini butiran kelahiran saya :-

Tarikh Lahir   : 6 Jun 2012 / 16 Rejab 1433 ~RABU~ (38 minggu 6 hari)
Tempat Lahir : Bilik no.5,  Hospital Selayang
Waktu  Lahir : 1.20 pm
Kaedah lahir : Normal (dengan bantuan doktor..nasib baik xkena vacuum... sbb mama dah xlarat nak push..huhuhu)
Berat           : 3.24kg
Panjang        : 48 cm

ohhh lupa.....

Nama saya ialah.....Nur Azzalea Safiyyah binti Muhammad Nizam (mama yang beri...abah setuju jerrrr) yang di inspirasikan daripada nama arwah wan (ali) dan arwah tok (sepiah) saya.Saya sukerrrrr!!!!!

ok lar..saya dah mengantuk...nak tido dulu... nnt bila free..mama updated  pengalaman bersalin pulak ek...

Mama saya mmg hebat lar.. saya sayang mama saya!!!! muuuuaaaahhhh...

Thursday, May 17, 2012

Tips Mudah Untuk Bersalin


1. Senaman Pernafasan
Berlatih semasa mengandung lagi untuk membiasakan kita dengan teknik pernafasan ini. Cuba bayangkan situasi ketika saat ingin melahirkan dan buatlah latihan pernafasan seperti berikut:

a. Early labour breathing (mula rase sakit/start contraction)
Bernafas dengan panjang dan perlahan-lahan melalui hidung dan hembus melalui mulut. Masa menghembus lebih panjang..

b. Active stage breathing (contraction makin kerap n makin sakit)
Mula bernafas melalui hidung dan lepas melalui mulut.
Apabila contraction makin kerap, ambil nafas pendek dan cepat untuk kurangkan kesakitan.
Apabila contraction hilang (contraction atau sakit akan berulang dalam tempoh-tempoh tertentu) ambil nafas panjang melalui hidung dan lepas melalui mulut. Apabila contraction terasa semula bernafas seperti tadi, pendek dan cepat.

c. Second stage breathing
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, kerana oksigen akan masuk dengan banyak berbanding melalui hidung. Tahan nafas, dekatkan dagu ke dada dan baru push sambil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya bayi tak tersekat dan betul-betul keluar.
Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk ke dalam semula.

2. Senaman Kegel (Kemut)
Senaman ini baik untuk kulit/otot vagina supaya lebih kenyal, dengan itu otot boleh mengembang dengan lebih baik apabila proses kelahiran bayi. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot yang menyokong rahim dan untuk menjamin keintiman hubungan suami isteri. Senaman ini boleh dilakukan di mana saja. Salah satu daripada senaman kegel adalah dengan menahan air kencing separuh jalan, dan kira sampai 10 (atau 10 saat) dan baru dilepaskan bakinya. Yang ni baik juga untuk suami. Sebab sekarang ramai yg kena kanser prostat, senaman ini dapat mengurangkan risiko.

PETUA SEMASA MULA TERASA SAKIT CONTRACTION (BERMULA KETIKA PINTU RAHIM SUDAH TERBUKA 2CM)

1. Mula bernafas cara ’Early labour breathing”

2. Jangan fokus pada sakit, ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia

3. Sekiranya contraction makin kerap, mula bernafas cara “active stage breading” cepat dan pendek. Tarik dalam2 melalui hidung dan lepas melalui mulut.

4. Banyakkan zikir doa keampunan Nabi Yunus dalam perut ikan yu..
”la ila hailla anta subhaa naka inni kuntumminalzolimin.” dan banyakan doa ”Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hamba mu dan umat Muhammad S.A.W ke dunia ini.”  ayat ni amalkan selalu.

PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI(proses meneran untuk keluarkan baby)

1. Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan seorg khalifah Allah ke dunia.

2. Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm.. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran..maknanya meneran bila ada contraction sahaja..kalo xda contraction jgn teran..sbb nnt penat je..bby xkuar pun..

3. Posisi semasa nk melahirkan..
Dalam keadaan berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali...Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran...

4. Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan..
Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar di lengan suami supaya terasa lebih selesa) dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan).

5. Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing)
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, tahan nafas dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung ya..) dagu cecah ke dada...dgn satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula, sebab, dikhuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk ke dalam semula atau tersekat.


p/s: Hari ini genap 36 minggu.. semakin berdebar..Moga dipermudahkan segalanya.. Amin


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Friday, April 27, 2012

updated barang-barang si kecik

Clothing
1) Baju lengan pendek – Done 
2) Baju lengan panjang – Done 
3) Seluar pendek – Done 
4) Seluar panjang – Done 
5) Barut baby – Done (DIY)
6) Sapu tangan – Done
7) Rompers  – Done
8) Baby Tight / legging pants  – Done
9) Mittens & Booties – Done  
10) Hat – Done 
11) Socks – Done 
12) Bibs – Done 

Feeding
1) Breast pump
2) Cooler bag set
3) Storage bottles
4) Ice gel/Ice Pack
5) Feeding Bottle – Done 
6) Teat (puting) – Done 
7) Teat brush – Done 
8) Berus pembersih botol - Done 
9) Baby Warmer for Bottle 
10) Termos
11) Nursing Pillow

Nursery
1) Baby cot - Done 
2) Mattress baby cot set – Done 
3) Bedding set (Pillow and bolsters)- Done (Kekabu) 
4) Mosquito net – Done 
5) Blanket / Bedung – Done 

Bathing
1) Bath tub – Done 
2) Towel  – Done
3) Face Towel – Done 
4) Toiletries + Travel Pack – Done 
5) Toothbrush – Done 
6) Cotton balls – Done 
7) Cotton buds – Done 
8) Baby hair brush – Done 
9) Baby manicure set (nail clipper, gunting baby) – Done 
10) Nasal aspirator/Nose cleaner – Done 

Diapering
1) Changing Mat – Done 
2) Baby wipes – Done 
3) Diapers NB  – Done
4) Napkins – Done 
5) Diaper Pants – Done 
6) Plastic tie-pants – Done 
7) Balm/Vicks – Vicks – Done 
8) Bedak Baby – Done 
9) Powder Puff Case – Done 
10) Baby Oil – Done 
11) Losyen Baby – Done 
12) Nappy Rash Cream – Done (Anakku)
13) Botol sembur air – Done 

Others
1) Nappy Liners – Done 
2) Safety Pink – Done 
3) Minyak telon/yu yee cap Limau  – Done 
4) Methylated Spirit [Untuk cuci pusat] Mintak kat klinik jer kot
5) Thermometer [untuk cek suhu demam]  – Done
6) Toys
7) Hanger for baby’s clothes – Done 
8) Baby Clothes Detergent [Sabun]
9) Bakul Baju Kotor  – Done
10) Storage barang/Almari   – Done
11) Berus lampin – Done 
12) Penyangkut baju berklip / bulat –  – Done
13) Bakul Toiletries  – Done
14) Wood wares Gripe Water-elak kembung perut

MOM’s Need 
1) Socks - Done
2) Nursing Bras  – Done
3) Nursing Pad [Disposable]  – Done
4) Maternity Pad  – Done
5) Disposable Panty  – Done
6) Nipple Cream (xperlu kot..nurse kata guna susu jer)
7) Bengkung  – Done
8) Minyak panas untuk confinement 
9) Jamu set selepas bersalin  – Done
10) Air Selusuh/Air zam zam  – Done (akar siti fatimah)
11) Minyak Selusuh
12) selipar  – Done
13) Baju sejuk – guna jaket opis je la
14) Kain Batik  – Done
15) Tungku – Guna Batu sungai jer la..boleh?
16) Selimut  – Done  (guna jer yg ada)

Outing
1) Car seat  – Done (pinjam kak lang punya...nnt baru beli)
2) Stroller – Done
3) Baby sling/Carrier – Done
4) Travel Bag– Done
5) Papa Bag – Done


updated: 27 April 2012...... 

Cinta Bersatu



Special dedicated to my lovely hubby....♥♥Muhammad Nizam Zakria♥♥

******Love U forever******

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Tuesday, April 24, 2012

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbona

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
  1. Nombor 7 Pla_7.jpg
  2. Nombor 7 dan PC Pla_7PC.jpg
  3. Nombor 7 dan ‘other’Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada.  Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.



link : Portal KKM

Thursday, April 19, 2012

Penyusuan Susu Ibu -Part 1





Pengenalan
Bersiap sedia menanti kelahiran bayi anda merupakan satu pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Banyak perkara yang perlu dilakukan seperti memilih nama untuk bayi yang bakal dilahirkan, menyediakan barang-barang keperluannya dan memikirkan cara terbaik untuk menyusukannya. Satu perkara yang perlu anda fikirkan ialah penyusuan bayi dengan susu sendiri. Ia banyak sekali mendatangkan faedah kepada anda dan bayi.
Walaupun penyusuan susu ibu merupakan kaedah semula jadi tetapi ia bukanlah sesuatu yang datang dari naluri. Sama ada anda baru mula berfikir tentang penyusuan itu atau pernah menyusukan bayi anda sebelum ini, kami boleh membantu membimbing anda. Kami akan memandu anda, bermula dari kehamilan, ketika penyususan sehinggalah kepada menghentikan penyusuan.
Penyusuan susu ibu: Pemberian semula jadi.
Bagi sesetengah ibu dan bayi, penyusuan dengan susu ibu berjalan dengan lancar sejak dari awal lagi. Tetapi bagi yang lain, ia mungkin mengambil sedikit masa dan terpaksa mencubanya beberapa kali untuk memperolehi kejayaan. Sesuatu yang baru itu biasanya memerlukan masa dan latihan.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, anda bolehlah mendapatkan nasihat dari jururawat semasa berada di hospital, berjumpa pakar pediatrik, penasihat penyusuan atau kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Mereka boleh membantu anda.
Anda harus ingat bahawa asas paling penting kepada kejayaan sesuatu penyusuan itu ialah teknik dan kedudukan semasa penyusuan. Anda perlu banyak bersabar dan berfikiran positif kerana penyesuaian antara anda dan bayi akan mengambil masa. Ingatlah bahawa susu ibu bukan sekadar makanan, ia lebih dari itu. Susu ibu mengandungi antibodi penting untuk melawan jangkitan dan mempunyai kesan psikologi dan perubatan yang penting kepada kedua-dua ibu dan bayi. Penyusuan susu ibu adalah pemberian semula jadi anda kepada bayi.

Persediaan semasa hamil
Sesuatu yang paling penting boleh dilakukan untuk memastikan kejayaan menyusukan bayi ialah membuat persediaan awal semasa kehamilan. Walaupun penyusuan ini sesuatu yang semula jadi, tetapi ia bukanlah sesuatu yang lahir dari naluri. Dengan menghadiri kelas penyusuan bayi, anda boleh mula mempelajari tentang penyusuan dan hubungan mesra antara anda dan bayi ketika melakukan penyusuan itu. Sokongan dari ibu ke ibu yang diberikan oleh kumpulan sokongan ibu di kawasan anda atau kaunselor penyusuan ini amat berguna dan berfaedah buat anda. Dalam perjumpaan-perjumpaan ini, anda dapat berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu lain dan mempelajari lebih lanjut teknik menyusukan bayi dengan betul. 

Friday, April 6, 2012

Cinta Itu Nyawa - Shuib & Sarah



Tetiba....Jatuh Cinta dengan lagu ni sweeeeetttttt sangat ♥♥♥♥

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Wednesday, April 4, 2012

TIPS MENGATASI MASALAH KURANG SUSU


1. Tambah masa dan kekerapan
************************
--> Asas utama dalam penyusuan susu ibu adalah Demand & Supply. Lebih kerap menyusukan dan pump, lebih banyak susu dihasilkan. Cuba pump setiap kali selepas bayi menyusu. Antara masa terbaik untuk pump adalah antara waktu malam ke pagi kerana hormon prolaktin yang tinggi ketika ini. Ambil sedikit masa untuk pump setiap kali lepas bangun tidur. Pump juga mesti konsisten mengikut jadual kerana ini akan melatih badan anda menghasilkan susu pada masa yang ditetapkan. Buat jadual perahan dan catatkan hasil perahan anda setiap kali selepas pump supaya anda dapat melihat perubahannya.

2. Minum air kosong yang mencukupi
***************************
--> Amalkan minum segelas air kosong setiap kali semasa menyusu. Target minimum 3L sehari.

3. Pemakanan seimbang
*****************
--> Susu lebih banyak dihasilkan ketika anda kenyang berbanding ketika lapar. Jangan tinggalkan sarapan pagi. Jika anda sedang menurunkan berat badan, makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya badan anda mendapat kalori yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

4. Ambil makanan yang bersifat penggalak susu
**********************************
--> Amalkan halba, oats, alfalfa, lobak putih, longan kering, kurma, air soya, sawi dan sebagainya. Namun keberkesananya berbeza mengikut individu.

5. Pengambilan supplement
********************
--> Ramai ibu yang gagal mengamalkan diet seimbang. Kekurangan nutrisi penting boleh mengganggu penyusuan. Apatah lagi ramai yang berdiet, ambil perancang dan sebagainya. Jadi pengambilan supplement adalah alternative yang boleh membantu anda. (SILA KLIK --> http://on.fb.me/PenyusuanLifeFit



Proses penyusuan sememangnya satu proses semulajadi. Namun, ia boleh terganggu sekiranya ibu tidak mempunyai pengetahuan tentang proses penyusuan susu ibu. Jika anda berazam untuk menyusukan anak, dapatkanlah seberapa banyak ilmu tentang penyusuan susu ibu sejak mengandung lagi. Ilmu adalah penting untuk membantu anda memastikan proses penyusuan yang lancar.

Ingatlah bahawa asas pengeluaran adalah Supply & Demand. Semakin kerap anda menyusu atau pump, semakin banyak susu dihasilkan. Pump murah atau mahal tidak menjadi persoalan. Tapi soalnya adakah anda cukup berdisiplin, konsisten dan sanggup mengerah tenaga dan masa untuk pump susu buat si kecil? Selain itu, sentiasa yakin dan positif bahawa “SUSU SAYA BANYAK” dan sentiasa berdoa minta dimurahkan rezeki anak.

Okay, dah abes bace tu tekan la SHARE! hehe ♥ ^_^ ♥

Copyright LifeFit.my <-- Sila klik utk tips2 berkenaan kecantikan, kesihatan, kehamilan, berpantang dan menyusu (Jangan lupa LIKE page LifeFit ya!)

Artikel: Hak milik LifeFit.my





_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me