Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Doa Untuk Anak Mama

~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

Doa Nabi Yunus

Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin "

Ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.

Doa Memperbanyakkan Susu Ibu

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupan ku, banyakkanlah susu ku untuk bayi ku, dan permudahkanlah perjalanan ku untuk menyusukan anak ku agar menuruti segala yang telah Engkau syariat kan."

"Ya Allah, seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhi lah dengan rahmat Mu dan keberkatan Mu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anak ku."

Pages

Thursday, April 19, 2012

Penyusuan Susu Ibu -Part 1





Pengenalan
Bersiap sedia menanti kelahiran bayi anda merupakan satu pengalaman yang sungguh menyeronokkan. Banyak perkara yang perlu dilakukan seperti memilih nama untuk bayi yang bakal dilahirkan, menyediakan barang-barang keperluannya dan memikirkan cara terbaik untuk menyusukannya. Satu perkara yang perlu anda fikirkan ialah penyusuan bayi dengan susu sendiri. Ia banyak sekali mendatangkan faedah kepada anda dan bayi.
Walaupun penyusuan susu ibu merupakan kaedah semula jadi tetapi ia bukanlah sesuatu yang datang dari naluri. Sama ada anda baru mula berfikir tentang penyusuan itu atau pernah menyusukan bayi anda sebelum ini, kami boleh membantu membimbing anda. Kami akan memandu anda, bermula dari kehamilan, ketika penyususan sehinggalah kepada menghentikan penyusuan.
Penyusuan susu ibu: Pemberian semula jadi.
Bagi sesetengah ibu dan bayi, penyusuan dengan susu ibu berjalan dengan lancar sejak dari awal lagi. Tetapi bagi yang lain, ia mungkin mengambil sedikit masa dan terpaksa mencubanya beberapa kali untuk memperolehi kejayaan. Sesuatu yang baru itu biasanya memerlukan masa dan latihan.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan, anda bolehlah mendapatkan nasihat dari jururawat semasa berada di hospital, berjumpa pakar pediatrik, penasihat penyusuan atau kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Mereka boleh membantu anda.
Anda harus ingat bahawa asas paling penting kepada kejayaan sesuatu penyusuan itu ialah teknik dan kedudukan semasa penyusuan. Anda perlu banyak bersabar dan berfikiran positif kerana penyesuaian antara anda dan bayi akan mengambil masa. Ingatlah bahawa susu ibu bukan sekadar makanan, ia lebih dari itu. Susu ibu mengandungi antibodi penting untuk melawan jangkitan dan mempunyai kesan psikologi dan perubatan yang penting kepada kedua-dua ibu dan bayi. Penyusuan susu ibu adalah pemberian semula jadi anda kepada bayi.

Persediaan semasa hamil
Sesuatu yang paling penting boleh dilakukan untuk memastikan kejayaan menyusukan bayi ialah membuat persediaan awal semasa kehamilan. Walaupun penyusuan ini sesuatu yang semula jadi, tetapi ia bukanlah sesuatu yang lahir dari naluri. Dengan menghadiri kelas penyusuan bayi, anda boleh mula mempelajari tentang penyusuan dan hubungan mesra antara anda dan bayi ketika melakukan penyusuan itu. Sokongan dari ibu ke ibu yang diberikan oleh kumpulan sokongan ibu di kawasan anda atau kaunselor penyusuan ini amat berguna dan berfaedah buat anda. Dalam perjumpaan-perjumpaan ini, anda dapat berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu lain dan mempelajari lebih lanjut teknik menyusukan bayi dengan betul. 

0 comments:

Post a Comment