Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Doa Untuk Anak Mama

~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

Doa Nabi Yunus

Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin "

Ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.

Doa Memperbanyakkan Susu Ibu

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupan ku, banyakkanlah susu ku untuk bayi ku, dan permudahkanlah perjalanan ku untuk menyusukan anak ku agar menuruti segala yang telah Engkau syariat kan."

"Ya Allah, seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhi lah dengan rahmat Mu dan keberkatan Mu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anak ku."

Pages

Doa

Ya Allah,
Peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah,
Rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah,
Keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah,
Jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah,
Panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Amin




"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"
Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)