Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs
save the date


Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Doa Untuk Anak Mama

~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah,
Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu.
Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu.
Kurniakan dia akal yang bijak,
Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji.
Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon.
jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu
~Amin~

Doa Nabi Yunus

Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin "

Ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim’.

Doa Memperbanyakkan Susu Ibu

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupan ku, banyakkanlah susu ku untuk bayi ku, dan permudahkanlah perjalanan ku untuk menyusukan anak ku agar menuruti segala yang telah Engkau syariat kan."

"Ya Allah, seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhi lah dengan rahmat Mu dan keberkatan Mu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anak ku."

Pages

Tuesday, October 4, 2011

sebesar mana pengorbanan kita kepada ibu kita

Aku ada pasangan hidup sendiri....



Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak


Renungkan:


"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya

Tapi kalau Mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......





Dedikasi buat arwah mak tersayang♥ Hajah Sepiah binti Haji Bakar♥~al-fatihah~(09/08/1948-23/11/2007)

Monday, October 3, 2011

BUNGIRL comel


 ~ print ~ gunting ~ pamer=comel!!!!!~

Khas untuk Pen 'cinta'

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah
berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala
kebencian membawa kepada kemusnahan.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk
mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati
pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,”
Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu
pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan
seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata:
aku turut bahagia untukmu.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali
menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi
jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu
berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup
matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal
dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih
ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran
akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata
cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu
dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita
menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi
membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi
sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah
mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu
kepadanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti
bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus
membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur
berkeping.

Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut. ~ikhsan: www.google.com~




konvo kembali lagi

Assalamualaikum...


Hari baru di minggu baru.. Monday Blues ker?? hope tak la kan..heeee...


Minggu ni UM dah start konvo.. Bila konvo jer..mula la jalan kat sini super duper jammed.. Parking susah nak dapat.. mcm2 lagi lah.. tp yang best..ada PESTA KONVO (betul2 depan office den).. kat sini diorg panggil FESKUM... Mula la teringat time konvo masa belajar kat UPM dulu2..rasa best jer.. terutama Pesta KONVO dia..best giler..mcm2 ada.. mcm iklan ASTRO lak... balik kuliah jer..confirm melencong ker bukit ekspo. 


Oppss..apa kaitan bukit ekspo gn konvo kan?? sbb dulu (mcm lama jer kan) PESTA KONVO kat UPM buat kat BUKIT EKSPO..betul2 depan kolej den.. apa lagi..turun jer bas terus la berjln kaki g sana..cari apa2 yg patut...tp..mcm dah lama kan UPM xbuat pesta konvo kat bukit ekspo...xtau nape..maybe sbb nak cut cost kot.. Masa aku konvo dulu pon..dah xde pesta konvo kat sana..yang ada just kat area2 dewan besar jer..tp aku xde la kisah sgt..sbb feel nak g pesta konvo tu xbape nak ada..feel KONVO mengatasi segalanya... 


Alhamdulillah..dah 2 kali aku konvo.. 1st masa diploma (time ni dapat gn SULTAN SELANGOR- bangga giler) 2nd time konvo masa Degree (ni hari last konvo UPM..sedih sikit sbb xsemua family member dpt dtg..ye la..hari selasa kan..petang lak tu..) Apa2 pon semua dah selamat.. bila la nak rasa konvo yg ke-3 lak kan..doa2 kan aku ek..niat dah ada..tp xtau bila...


ok la.... ni aku tempek gambar FESKUM UM tahun ni.. nape letak UM bukan UPM..saje jer..sbb skrg ni kan tengah konvo kat UM..heeee








muaaahhhh :D

Sunday, October 2, 2011

Hari ini Hari AHAD

Assalamualaikum semua :D

Kejap jer dah hari Ahad kan..esok dah kerja balik

Happy SUNDAY semua..



muaaahhhhhh

Friday, September 30, 2011

Azam Baru

Assalamualaikum...

Lama sungguh blog ni terbiar...mula2 buat sampai la hari ni baru ada post baru...bukan xnak menaip..tp hampir terlupa kewujudannya..huhuhuhu....so skrg sedang cuba untuk mengAKTIFkannya SEMULA... kena REBRANDING balik..harap2..bukan hangat2 taik ayam la kan...


sila sokong saya tau....





Chaiyok!!!!!!

Thursday, July 22, 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hai....


Lama benor xmenulis... last buat karangan panjang time SPM dulu jer... mesti ayat dah tungang terbalik pas ni...Niat di HATI nak cuba mengasah skill yg ada...Ada SKILL ker??..ala...buat2 ada je la kan...yg PENTING...segala coretan, catatan & kemerapuan di sini adalah ikhlas dari HATI yg TULUS dan SUCI... PEACE NO WAR