S : Pertama kali menggunakan pam payu dara elektrik, puting saya berasa cekang dan sedikit sakit tetapi tidak lama. Apakah rasa itu normal untuk pengguna pam payu dara elektrik? Bolehkah puan memberi panduan cara penggunaan pam yang betul kerana saya khuatir susu yang semakin berkurangan sejak menggunakannya.
Nor Fazila Abdul Rahman
Nibong Tebal, Pulau Pinang
J : Untuk pengetahuan puan, pam payu dara elektrik terdapat dalam pelbagai jenis di pasaran. Oleh kerana saya tidak tahu jenama apa yang puan gunakan, saya akan memberikan panduan am untuk rujukan puan dan pembaca.
Pengalaman pertama menggunakan pam pasti agak kekok tetapi dengan amalan yang betul dan latihan berterusan, ia akan menjadi lebih mudah. Apabila menggunakan pam, ia tidak seharusnya menyebabkan kesakitan atau ketidakselesaan kepada pengguna jika cara penggunaan dan spesifikasinya betul.
a) Pastikan Keselesaan
Anda perlu berada di dalam keadaan yang tenang, pastikan tangan dicuci bersih, gunakan bekas simpanan susu perahan yang bersih, lakukan urutan pada payu dara atau tuam untuk melancarkan aliran. Posisi anda juga perlu betul. Pastikan badan tegak dan corong pam diletakkan pada paras dada, pegang dengan baik supaya ia terletak dan melekap betul pada payu dara. Keselesaan adalah paling penting! Jika tidak selesa, ada yang tidak kena. Jika susu meleleh daripada corong, betulkan posisi anda.
Kini terdapat corong khas yang dipanggil angled breastshield seperti Pumping Pal Supershields yang membolehkan anda mengepam dalam keadaan menyandar dan tidak perlu berada dalam keadaan tegak sentiasa.
Apabila menggunakan pam elektrik, mulakan dengan sedutan perlahan kemudian naikkan sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap keselesaan. Elakkan daripada menggunakan tahap sedutan maksima kerana ini akan menyebabkan kecederaan pada puting dan payu dara. Tambahan lagi, tahap sedutan maksima TIDAK mengepam lebih banyak susu.
b) Periksa Saiz Corong
Periksa saiz corong yang anda gunakan kerana ia amat penting untuk memastikan keselesaan dan keberkesanan sesi mengepam.
Dalam pada itu, layari http:// ameda.com/breast-pumping/ why-does-good-flange-fitmatter-and-how-can-i-get-it untuk memahami dengan lebih lanjut tentang panduan betul pam payu dara. Sehubungan itu juga, apabila mengepam, anda tidak perlu terlalu lama kerana ini akan menyebabkan puting membengkak dan menyebabkan ketidakselesaan. Tempoh 15 hingga 20 minit adalah memadai. Jika anda menggunakan pam berganda waktunya lebih singkat.
Untuk mengekalkan penghasilan susu, pastikan kekerapan penyusuan terus daripada payu dara bila bersama bayi dan hanya mengepam bila berpisah dengan bayi. Payu dara perlu dirangsang sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali sehari. Harap maklumat ini membantu!..
from: Panduan Betul Guna Pam - S J - Pa Ma
Wednesday, March 21, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
pija, elly so far fully BF utk nak dara ni..if nak share2 info, bleh la tau..
wah..ini sudah bagus elly... nnt ape2 kita roger2 tau
Post a Comment